Sunday 18 December 2011

Picasa


(Picasa)


Dalam kursus ini juga, kami telah diperkenalkan dengan perisian picasa. Picasa adalah satu perisian untuk membuat penubahsuaian terhadap gambar-gambar. Kita boleh menghasilkan collages dan slideshows daripada koleksi gambar. Tugasan ini adalah secara individu dan kami perlu menyiapkan satu slideshows untuk projek sains. Projek sains ini merangkumi 10-15 slaid gambar dan berkaitan dengan apa-apa projek sains. Saya telah memilih untuk membuat projek sains berkenaan dengan kaedah penanaman cendawan. Ini adalah pertama kali saya menggunakan perisian Picasa, jadi saya agak memerlukan sedikit masa untuk mempelajari dan memahami cara penggunaannya. Setelah meneroka dan mempelajarinya dengan mendalam saya mendapati Picasa adalah sesuatu yang sangat menarik dan mengujakan.

Melalui Picasa, saya dapat mengedit gambar, menambah kesan ke atas dan juga mencari dan menyusun semua gambar yang disimpan di dalam komputer. Selain itu, ia adalah perisian yang menjadikan kita mudah dan menyeronokkan untuk melihat, menyusun, mengedit dan berkongsi foto digital pada komputer anda. Apa yang istimewa tentang ia, Picasa tidak akan memadam gambar-gambar kita atau meletakkannya dalam talian tanpa kebenaran. Saya juga boleh mengedit gambar saya dan menjadikan ia kelihatan lebih dramatik dan berharga. Di samping itu, saya boleh membuat filem saya sendiri, termasuk apa-apa muzik saya ingin ke dalam filem saya, dan membuat kolaj yang indah. Picasa telah memberikan saya peluang untuk mengisi masa lapang saya selain mengajar saya bagaimana untuk menukar gambar yang tidak cantik menjadi sempurna.  Pengajaran dan pembelajaran di sekolah boleh juga menggunakan picasa sebagai salah satu lagi kaedah bagi menambahkan variasi penyampaian yang boleh menarik minat pelajar. Penyediaan slaid secara bervideo akan menambahkan minat pelajar sewaktu di dalam kelas. Selepas selesai membuat pengubahsuaian, saya memuat turun semua gambar ke dalam picasa web album, dan seterusnya ke dalam blog.

No comments:

Post a Comment

Science Project

My Frenz & Me