Monday 19 December 2011

ICT Dalam P&P


(ICT Dalam P&P)


Melalui tugasan pertama  yang diberikan, iaitu mengenai integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, telah banyak maklumat dan pengetahuan yang boleh saya perolehi. Pada mulanya, apabila mendapat tajuk tugasan ini, saya agak tidak jelas dengan kehendak soalan, akan tetapi setelah mencari dan memahami mengenai ICT beserta dengan konsep Smart School Blueprint dan Smart School Roadmap saya menyedari bahawa terdapat banyak faedah dan kelebihan ICT terhadap bidang pendidikan. Integrasi ICT membawa beberapa perubahan dalam proses P&P di sekolah. Antaranya, pengajaran berpusatkan guru (teacher-centered) kepada pengajaran berpusatkan pelajar (student-centered yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan (exploratory discovery). ICT menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja. Berdasarkan pengalaman saya bekerja sebagai guru ganti selama beberapa bulan saya dapat merasakan bahawa pentingnya integrasi ICT dalam P&P bagi meningkatkan minat dan prestasi pelajar dalam pelajaran. Terdapat perbezaan apabila kita menggunakan ICT dalam P&P kerana suasana pembelajaran akan lebih menarik dan pelajar akan akan dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih cepat.

          Pembestarian sekolah adalah satu usaha murni kerajaan untuk melonjakkan minda rakyat Malaysia. Dari pembacaan saya dapati, usaha ini amat baik dan mempunyai perancangan yang teliti. Seandainya program ini sukses sudah pasti rakyat Malaysia boleh mendabik dada kerana ketinggian ilmu dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunokasi (ICT). Namun realitinya perlaksanaan sekolah bestari ini menghadapi pelbagai halangan. Antara halangan-halangan yang dihadapi adalah kekangan dalam menghabiskan silibus, sikap negatif guru dimana terdapat sebahagian guru yang telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan, jurang ict dan digital dan sumber kewangan yang tidak mencukupi.

          Kesimpulannya, walaupun terdapat banyak halangan dan kekangan yang dihadapi, secara keseluruhannya integrasi ICT dalam P&P banyak memberikan faedah dan kelebihan kepada guru dan pelajar di sekolah bagi meningkatkan prestasi pelajaran. Guru perlu memainkan peranan penting bagi memastikan penggunaan ICT di sekolah sangat berkesan. Pembestarian sekolah juga merupakan satu langkah yang sangat bagus dan efektif bagi melahirkan generasi yang lebih berintelektual. Di samping itu, dua konsep yang diperkenalkan iaitu Smart School Blueprint dan Smart School Roadmap harus difahami dan dilaksanakan dengan betul bagi merealisasikan hasrat pendidikan Negara.

No comments:

Post a Comment

Science Project

My Frenz & Me