Sunday 18 December 2011

Overall Blog


(Overall Blog)


Pertama sekali saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatnya saya berjaya melengkapkan blog pengajaran iaitu e-portfolio dalam kursus ini. Jutaan terima kasih dan penghargaan  buat Dr. Sadiah dan kawan-kawan yang banyak memberi tunjuk ajar serta pertolongan sepanjang proses membuat blog ini. Pada mulanya, saya mengalami banyak masalah dalam menyiapkan blog ini kerana saya tidak pernah membuatnya sebelum ini. Namun lama-kelamaan saya semakin mahir dan cekap dalam menggunakan dan mengendalikan blog. Minat saya terhadap blog semakin bertambah apabila dapat menukar template yang cantik dan memasukkan video serta gambar melalui Picasa.

Setelah menghadiri sebanyak 14 kali kelas, akhirnya saya berjaya menghasilkan blog pengajaran sendiri. Dalam blog ini, saya telah memasukkan kesemua elemen penting seperti yang dikehendaki oleh Dr. Sadiah. Saya telah mengisi blog saya dengan semua dokumen yang diperlukan seperti reflection, tugasan ICT, falsafah pendidikan serta PDP (Profesional Development Plan). Di samping itu saya telah mengaplikasikan penggunaan Picasa dengan memasukkan gambar yang berkaitan dengan Projek Sains dan video yang berkaitan dengan subjek Biologi. Picasa sebenarnya perisian yang membantu seseorang untuk mengedit gambar, menambah kesan ke atas dan juga mencari dan menyusun semua gambar yang disimpan di dalam komputer. Selain itu, ia adalah perisian yang menjadikan kita mudah dan menyeronokkan untuk melihat, menyusun, mengedit dan berkongsi foto digital pada komputer anda. Apa yang istimewa tentang ia, Picasa tidak akan memadam gambar-gambar kita atau meletakkannya dalam talian tanpa kebenaran. Saya juga boleh mengedit gambar saya dan menjadikan ia kelihatan lebih dramatik dan berharga. Di samping itu, saya boleh membuat filem saya sendiri, termasuk apa-apa muzik saya ingin ke dalam filem saya, dan membuat kolaj yang indah. Picasa telah memberikan saya peluang untuk mengisi masa lapang saya selain mengajar saya bagaimana untuk menukar gambar yang tidak cantik menjadi sempurna. Blog saya juga dimuatkan dengan gadget yang lain seperti jam. Jam adalah penting kerana ia menunjukkan ketepatan masa dan disiplin seseorang individu. Keutamaan saya adalah untuk menghasilkan blog mengikut kehendak Dr iaitu blog yang baik merupakan blog yang dapat menyampaikan maklumat dan berkongsi pengetahuan yang baru atau lama dengan pelawatnya. Oleh itu, maklumat di dalam blog tersebut mestilah disusun dengan sistematik supaya dapat merefleksikan maklumat yang ada.

Secara keseluruhannya saya mendapati dengan melengkapkan diri dengan pengetahuan dan ilmu mengenai ICT, seseorang itu dapat bergerak seiring dengan kemajuan teknologi pada era sekarang. InsyaAllah saya akan mempraktikkan semua perkara yang saya pelajari dalam blog untuk kerjaya saya pada masa hadapan dan saya juga berharap saya akan dapat berkongsi ilmu yang saya ini dengan mengajar orang lain untuk mewujudkan blog sendiri.

No comments:

Post a Comment

Science Project

My Frenz & Me