Sunday 18 December 2011

Lecture Maker

(Lecture Maker)


Pada minggu ini, kami diajar sesuatu yang baru dan menarik iaitu mengenai Lecture Maker. Ini juga merupakan salah satu kaedah pengajaran yang sangat berkesan dan sesuai untuk dipraktikkan di sekolah. Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan dan kami telah memutuskan untuk memilih tajuk sistem pembiakan tumbuhan kerana ia sangat menarik dan amat penting untuk difahami oleh pelajar. Tugasan ini memerlukan kami merakam suara dan pada masa yang sama mempersembahkan bahan pengajaran yang ingin disampaikan. Ini membolehkan pembelajaran secara kontektual dapat dijalankan. Rakaman ini menggunakan slide powerpoint yang dibuat dan berbentuk pengajaran menggunakan suara. Selain itu, kami juga ada merekod suara untuk teknik-teknik menggunakan document map dalam penulisan tesis.Teknik yang ditunjuk secara on the spot ini memudahkan pelajar memahami kerana teknik tersebut disertai dengan penerangan dan tunjuk ajar menggunakan cursor. Kaedah e-pembelajaran yang mengetengahkan elemen seperti interaktif, multimedia, kesan bunyi dan banyak lagi dijangka mampu membuka mata serta menambah minat pelajar apabila mengikuti pembelajaran di kelas. Lecture Maker tidak sukar untuk dikendalikan kerana kami yang sudah biasa dengan aplikasi Microsoft PowerPoint dapat menggunakannya dengan baik memandangkan antara muka perisian itu mesra pengguna. Kami boleh memasukkan teks dan grafik pada bahan pembelajaran kami dengan mudah, malah perisian itu turut dilengkapi ciri-ciri tambahan komponen multimedia termasuk merakam, menyunting video, menambah audio dan sebagainya. 

Daripada tugasan menggunakan lecture maker ini, saya mempelajari banyak ilmu baru. Tugasan ini menjadikan saya lebih kreatif dalam menghasilkan bentuk pengajaran. Oleh itu, untuk menjadi tenaga pengajar atau pendidik yang versatil, penggunaan lecture maker ini amat berguna dan pendidik dapat menyampaikan pengajarannya yang tersendiri. Selain itu, lecture maker amat berguna bukan setakat kepada tenaga pengajar malah kepada pelajar dalam membantu mereka menghasilkan kreativiti dan kemahiran pembentangan melalui penghasilan multimedia menarik.

No comments:

Post a Comment

Science Project

My Frenz & Me